Jom Order

Friday, April 1, 2011

Cuti2 Keluarga Ke Kuala Terengganu Edisi : LOSONG!!!Cam seram aje bunyinya

Masih entri pasal Kuala Terangganu.Kalau semalam cerita pasal Taman Tamadun Islam...hari nie aku nak bawak makan kopak lekor terbaik .Kata orang lah...Lekor kat sini yang paling best So aku set GPS dan terus pergi ke lokasi....

(Klik Besarkan dan Lihat Papan Tanda tu )
Kat sini ada ramai yang menjual keropok lekor.Dari mula jalan simpang nie sampai simpang yang depan.Kira-kira 3 KM orang jual keropok lekor nie....Sampai tak tahu nak berhenti kedai yang mana satu.Biasalah kalau ikut lumrah alam dan manusia...kalau ada orang ramai kat kedai tu pasti ada kelebihan...So aku sekeluarga berhenti di kedai ini.


Ini adalah keropok yang di rebus.Leh terus makan cicah dengan sos power dia....Bukan macam sos kat pasar malam yer.Sos dia memang special.Aku beli 2 botol bawak balik.


 Wife aku tengah sibuk membelik keropok lekor sejuk beku ....Kat mana nak goreng tu Kak oiiiii...Kat hotel kita mana ada dapur masak...heheheheh....


Kalau korang perati kan betul2 ada 2 kategori harga .RM 3.00 dan RM 5.00. Yang bungkusan ada gambar tu harganya RM 5.00 ..... Memang muaiiiii  kalau beli. Sebab memang banyak.Aku habiskan satu bungkus tu kat hotel  sampai nak termuntah-muntah.Rasanya memang dasyat  Keropok Losong nie.



Masa nie wife aku bayar untuk kami makan kat hotel aje.Tak beli lagi untuk di bawa balik sebab cuma leh tahan sehari aje( Aku berada di sana selama 3 hari )....Kalau nak jugak kena simpan kat tempat beku...Di sebabkan hotel aku tu peti sejuk dia kecik tak jadi nak beli byk.

Korang tahu ker apa maksud Keropok Losong tu...? Sebenarnya Losong tu nama tempat.ohhhh...baruler aku tahu semasa aku sampai kat sana.Yang kelakar nya aku siap tanyer kat tokey kedai tu yang mana satu kerepok losong....( Sebab bentuk keropok dia sama aje kat pasar malam tempat kita )Rupa-rupanya Losong tu nama Kg tu yang mana penduduknya menjual keropok lekor.

Tapi serious aku nak beritahu...rasanya memang lain dan tak akan korang dapat jumpa atau rasa kalau kat pasar malam kat tempat korang....Rasanya memang dasyat.Cubalah kalau pergi ke Terengganu yer.....


Aku bagi 10 Bintang 

1 comment:

  1. Aku cam rasa nak buat skrip drama atau filem ler pasal nama Losong nie.Leh buat cerita seram....Nanti ler kalau ada masa aku nak buat skrip.Mana tau kali nie laku kalau jual kat David Teo atau KRU...heheheheh...Dah lama tak tulis skrip...Adehhhhh...Jangan beritahu orang yer

    ReplyDelete

Klik Foto